Pages

sapa yg teropong blog saya...

hotel Royal National London
Powered by Best Free Counters

Thursday 29 December 2011

Tribute 2011..

Assalammualaikum dan salam sejahtera para readers sekalian.. semua maklum tahun 2011 hampir menutup tirainya beberapa hari lagi.. pejam celik pejam celik dah makin hampir dengan tahun barukan.. adakah segala yg anda hajatkan sudah tercapai?? persoalan di situ..kepada yg tercapai alhamdulillah..kepada yg tidak tercapai akalmu tu bole cuba tahun depan pulak ye..hee..sepanjang tahun 2011 ni pelbagai onak dan duri telah dilalui pahit.manis,masam,tawar semua secukup rasa kita telah lalui..kisah percintaan, kisah proses pembelajaran, kisah persahabatan dan pelbagai lagi kisah yg anda lalui.. pasti meninggalkan kesan yg amat mendalam bukan..

memandangkan tahun dpn saya perlu melalui proses practikal, dikesempatan ini juga saya nak ucapkan ribuan terima kasih terutama kepada para pendidik saya iaitu para lecture kerana telah memberi ilmu kepada saya dan rakan2 sepanjaibutrng kami belajar di kolej..jasa anda tiada nilainya akan di kenang sampai bila2., kepada rakan2 terima kasih kerana membantu saya sepanjang proses pembelajaran ,anda semua sangat sporting dan terbaik saya takkan lupakan korang semua.. semoga berjaya dalam kehidupan anda.. apa2pun.. gambar di bawah ni tribute untuk tahun 2011..bagi saya tahun 2011 ini adalah tahun paling berwarna-warni dan happening..harap2 tahun seterusnyapun begitu juga..amin..

TRIBUTE2011

hajat tahun 2012 nak berusaha lebih keras, nak ubah diri menjadi insan yg lebih baik dari sekarang dan berjaya mendapat segulung diploma.. insyaallah. selamat tinggal 2011, selamat datang 2012.. sekian terima kasih..
________________________________________________________________________________________________________________________
Copyright@yazliefizrie.blogspot.com


Read more...


Tuesday 27 December 2011

Parasailing..

 

assalammualaikum dan salam sejahtera readers sekalian..apa khabar semua? harap sihat hendaknye.. “Parasailing” , anda penah dengar perkataan ini? kepada pengemar sukan air pasti taw apa itu parasailing.. saya tertarik dengan parasailing ni waktu sedang bersiar2 sambil menghirup udara segar di sekitar batu feringgi pulau pinang, bila lihat parasailing ni terasa teringin nak naik.tp apakan daya memandangkan sukan ini berkaitan air..sayapun tak jadi nak naik sbb tak bawak baju spare..org di situ kata aktiviti ni tak kena air.tp tetap taknak naik sbb takut tersalah landing, basah jugak dibuatnyakan..ahak..jadi next time teringin pulak nak naik..ok baiklah pada yg tak tahu apa itu parasailing mari tgk gambar di bawah ni…

 

DSC_0034DSC_0035DSC_0039

ha ini la parasailing, kita seakan-akan terbang di angkasa..apa macam anda tertarik dengan aktiviti ini? kalau berminat mai la ke batu feringgi.. hehe.. rm 80 kalau naik seorg dan rm 150 kalau naik berdua..selamat mencuba..bye.. :)

________________________________________________________________________________________________________________________
Copyright@yazliefizrie.blogspot.com


Read more...


Monday 12 December 2011

Adakah Ini Yang Dinamakan Comel??

 

assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat blogger sekalian..apa kabo harap2 semuanya sihat2 belaka dalam musim hujan dan cuaca yg tak menentu ni..ha harini aku tiba2 nak menulis tentang satu masalah baru ni..baru2 ni heboh jgk la tentang kewujudan bahasa “rempit”..maybe dah lama menular cuma aku yang tak up-to-date kowt.hahaha..

tp bahasa ni membuatkan aku pening kepala memikirkan maksud ayat2 yg mereka nak sampaikan..jenuh juga la aku ubah posisi menoggeng,meniarap, baring sambil baca ayat2 ni..dan akhirnya aku masih tak fhm..haha.. ada org kata bahasa ini comel?? euww!! comel ke? haha…bagi aku kelakar adalah..yg jd persoalannya adakah aku yg tak fhm ataw org lainpun sependapat tak fhm mcm apa yg aku alami..mari lihat ayat di bawah ni, aku copy dari group di facebook

 

 

“weyhh !hmmm...,,,,aquw nk dye....,,tpy dye....dye cukeww giv up . aquw xckew.. arhhh..,,, !!! cm new nak telling2 niehh... mlm niehhh......grrrr !! bkn!!! aquw tanak dieww.. tlglarhh lah janan fkir len.... plyezzz...,aquw juzz nak qaw jew... huhhh !”

 

 

apa macam fhm tak ayat ni??

kalo anda fhm tahniah..sbb akupun tak berapa nak fhm..ahak..bagi aku cara percakapan ni sebenarnya tak sesuai la..tambah2 lagi bila budak2 sekolah amalkan dalam kehidupan harian..cuba anda bayangkan  jika mereka menggunakan ayat2 ini dalam exam..dah berapa banyak markah ejaan yg akan ditolak tu..ahak.. kalo nak buat shortform tak salah..cuma jgn la sampai menampakkan bahasa yang indah itu menjadi buruk di dengar dan di pandang.. tak caya anda lihat gambar di bawah ni..

 

 

failedGambar ehsan Google..

adakah ianya comel??
..semua terletak ditangan anda pikir-pikirkan..


________________________________________________________________________________________________________________________
Copyright@yazliefizrie.blogspot.com


Read more...


Monday 5 December 2011

Isu Semasa : Apa Yang Istimewa Di Sebalik Cerita Ombak Rindu??

 

poster ombak rindu

assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat blogger sekalian.. dah berbulan teman meninggalkan dunia blog ni..arini tiba2 tergerak hati nak menulis di blog yg usang ini.. baiklah bila tgk pada poster diatas pasti anda tahukan apa yg saya nak tulis arini..hee.. ya cerita Ombak Rindu yg hangat diperkatakan sekarang ini..tak kira didalam facebook, twitter mahupun blog ia seakan-akan menjadi satu fenomena sekarang ini.. Ada yang berkata filem ini mampu melembutkan hati kering ataw hati batu seseorg?? sejauh manakah kebenarannya..jeng3.. tidak kuarng juga yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan tiket cerita ini.. hebat sungguh penangan cerita ini..

semua sedia maklum tentang cerita ini yang diolah dari novel yg sangat terkenal. melihat pada sinopsisnye tampak seperti cerita drama di tv yg selalu kita lihat.. tetapi sayangnya saya masih tidak berkesempatan untuk melihat kehebatan cerita ini di pawagam.. jadi arini saya ingin mendapatkan pendapat anda semua apakah kekuatan filem ini  sebenarnya..mari share bersama saya.. adakah kerana para pelakonnya yg bole dikatakan popular? ataupun jalan ceritanya yg sangat kuat? mahupun aksi kontroversi yg digembar gemburkan tentang cerita ini? ataupun dari sudut teknikalnya iaitu angle camera ataw apa2 saja tentang teknikal filem ini..

                                       

                                                                       ..mari berkongsi pendapat anda dengan saya tentang cerita ini..

________________________________________________________________________________________________________________________
copyright@yazliefizrie.blogspot.com


Read more...