Pages

sapa yg teropong blog saya...

hotel Royal National London
Powered by Best Free Counters

Friday 31 December 2010

selamat tahun baru

 

happy-new-year-2011

 

selamat tahun baru kawan2..
semoga tahun 2011 ini lebih bermakna dari tahun 2010..
bila masuk tahun baru ni..
sudah tentu ada azam barukan..
semoga berjaya mencapai apa yg korg azamkan…
dan
tak lupa juga dengan semester baru yg akan di buka tak lama lagi..
goodluck kawan2 semoga mendapat keputusan yg cemerlang hendaknya..


segala yg terjadi di 2010 jdkan ia sebagai pengalaman hidup yg paling berharga dlm diri anda..
mohon ampun dan maaf jika saya ada melakukan kesalahan
sesungguhnya manusia mmng tidak pernah lari dari melakukan kesilapan…
buka buku baru dan tutup buku lama..
~sekian~

Smile

 

#azam baru saya ingin memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik dari tahun lepas dan berjaya dalam bidang yg saya ceburi..insyaallah#

#SELAMAT TAHUN BARU#


Read more...


Wednesday 29 December 2010

2010

2010 semakin hampir melabuhkan tirainya..
pelbagai cabaran dan dugaan yg di lalui sepanjang 2010
di bawah ni ada koleksi gambar terbaik saya sepanjang 2010..
jika ada kekurangan maaf dipinta kerana saya budak baru belaja..
terima kasih kepada anda yg memberi komen membina..

 

Untitled-2

 

di kesempatan ini saya ingin memohon maaf
jika ada melakukan kesalahan sepanjang 2010
yg buruk dtg dari saya yg baik dtg dari allah
tutup buku lama dan bukak buku baru..
sekian
Smile


Read more...


Tuesday 28 December 2010

Lagu Jujur..

ok kali ni saya nak berkongsi dengan anda satu lagu ni
bagi saya lagu ni lagu paling jujur penah saya dengo..
knp jujur?
kalo anda suma faham lirik dia pasti anda akan mengetahuinya
hehe
moh dengokan bersama

Olan – Hitam Manisan

Lirik :

Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu
Tak akan ku curah segala cinta ku padamu
mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu


Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
waktu kau kesusahan akulah tempat engkau mengadu
tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
dan kau bersuka ria dengan orang yang lain


Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi


Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati


apa gunanya dikenang kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka


Aku hanya bersabar
sambil dalam hatiku bertanya
bahagia kah engkau
membiarkan ku terkilan rasa


sesungguhnya dirimu adalah
manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri segala janji mu


*interlude*

Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi


Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati


apa gunanya dikenang kenang
pada org yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka


Aku hanya bersabar
sambil dalam hatiku bertanya
bahagia kah engkau
membiarkan ku terkilan rasa


sesungguhnya dirimu adalah
manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri segala janji mu


Dahulu aku sering hibur kan hati mu sayang
dan mengapa balasan mu kini menyakiti hatiku


#…kawan2 yg frast menonggeng sbb cinta tu meh dengo lagu ni meh…#
Open-mouthed smile


Read more...


Sunday 26 December 2010

Harapan…

harapan (1)

coretan kali ini berkaitan dengan Harapan

amat perit tuk diperkatakan jika sesuatu yg diharapkan tak menjadi kenyataan..

tetapi apakan daya semuanya ketentuan dari ilahi

walau kita menangis atau berguling2 sekalipun

jika allah tidak mengizinkan dan ia bukan milik kita, ia takkan menjadi kenyataan

kita hanya mampu merancang tetapi hanya allah yg menentukan..

tabah dan redha adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini…

sesungguhnya allah telah menetapkan sesuatu yg lebih baik tuk kita..

hidup harus diteruskan walau apapun yg berlaku…

kerana masih jauh perjalanan yg harus dilalui…

~sekian~


akhir kata : “ sesuatu yg kita harapkan tak semestinya akan menjadi kenyataan”


Read more...


Thursday 23 December 2010

3 Megapixel

ok untuk kali ni
saya ingin berkongsi tentang gambar2 3 megapixel..
semua gambar yg di bawah ni menggunakan kamera 3 megapixel.
jom layan..

Image0403

Ktm

Untitled-1

raisya

x

cd

Untitled-2

kolej

Untitled-3

jalan

Image0429

suasana kampung

harap korg suka gan gambar2 ni
sekian
Smile


Read more...


Wednesday 22 December 2010

lagu kenangan..

bila dengar balik lagu2 ni
teringat lak saya waktu zaman kecik2 dulu..

sapa tak knl gan kumpulan new boyz
penah jd fenomena satu ketika dulu..
jom layan lagu2 ni…

Smile


Meraung – New Boyz

Lirik :

Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa


Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku

Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa


Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh... tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa


Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia


Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu

Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...
Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci

Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang

Luka mu Luka ku Jua – New Boyz

Lirik :

Tali yang cumalah sejengkal
Tak dapat kuhulurkan kepadamu
Cukuplah sekadar ku bertanya
Salahkah aku memikirkannya
Di kala kau dilanda duka


Aku datang bersama keikhlasan
Bukan terselit niat serong padamu
Balasannya juga ku terima
Dosa pun akan berlipat ganda
Jika ku tersalah pembawakan


Banyak sudah yang aku perhatikan
Ada yang tersembunyi di sebalik janji
Dan di mana adanya kemanisan
Di situlah ramai yang bertandang

Lukamu lukaku jua
Terhiris tak nampak mata
Sedihmu sedihku jua
Menusuk dalam jiwa

Lukamu lukaku jua
Tak sanggup ku melihatnya
Pedihmu pedihku jua
Biarlah ku bersama


Sejarah yang sering mengganggu
Biar berlalu tak usahlah dikenang
Seandai dikenang menyakitkan
Jikalau dibiar berpanjangan
Dan terbatas jua tiap bicara


*teringat lak saya peristiwa menangis di shoping komplex sbb tak dpt beli kaset new boyz..ahak*


Read more...


Tuesday 21 December 2010

Ronda-Ronda

untuk coretan kali ni

saya ingin berkongsi tentang percutian bersama family tempoh hari di nilai 3..

dalam dok ronda2 tu tak sah kalo tak snap gambokan..

jadi di bwh ni ada antara gambo2 yg sempat di snap..

DSC_0081

selamat datang

DSC_0113

Salah Sebuah kedai

DSC_0132

babah dan abang ku

DSC_0143

carpet mari

DSC_0100

Abang

DSC_0065

mama

DSC_0171

saya

DSC_0135

babah

DSC_0086

sup

DSC_0069

babah dan mama.

DSC_0202

selamat pulang

ok ini saja tuk entry kali ni..

thanx kerana sudi melawat..

sekian

Smile


Read more...


Sunday 19 December 2010

moh belajo bahasa perak (Part 2)

mcm penah dengo je tajuk ni dlm blog temankan.
ini bukan siaran ulangan ya..
tp
ini adalah sambungan dr bahagian pertama..
moh belajo lagi bahasa perak..
Smile

ok


kita mulakan dengan ayat yg pertama..

ayat berbunyi begini

( Tak semiyoq = Tak sempurna,tak sihat.kurang elok)

cth ayat : Badan teman tak semiyoq je rase nya lepas makan lemang raye ari tu

ayat yg kedua berbunyi

(Tenehok = Terkilan)

cth ayat : Tenehoknye teman dengan sikap mike..

ayat ketiga berbunyi :

( Terjerombab = Jatuh tersembam.,terseradung)

cth ayat : tu le miker ni sapa suroh berlari atah rumah,kan ke jatuh terjerombab tersepak bendul kayu tu.

ayat yg keempat :

(Teghoyok/Teroyok = menangis)

cth ayat : cuba pegi tgk anak miker tu,ape ke her nye dah teroyok kat atas tu..

ayat yg kelima :

( Nohen= Buat tak ambil peduli )

cth ayat : kome tau teman jumpa si samad kat kedai td..jd teman
tegur ler..ada ke dia buat nohen je kat teman..

ayat keenam :

(Jelabak = Terburai)

cth ayat : cher bawak biawok tu elok sikit, nanti jelabak guni tu....

ok sampai disini dulu
entry tuk kali ini
teman harap kome sumer terhibur..

~ok sekian~

Open-mouthed smile


Read more...


Friday 17 December 2010

Green Screen

kali ni saya ingin berkongsi tentang gambar2 di green screen

gambar ni dah lama di simpan

cuma bz tak sempat tuk di edit..

sementara cuti masih ada ni teringat pulak kat gambo2 ni..

di bawah ni ada sedikit gambar di green screen tersebut..

1

Gambar 1

2

Gambar 2

3

Gambar 3

perlukan komen yg membina dari anda

thanx..adioz..

Smile


Read more...


Tuesday 14 December 2010

Senja..

sudah lama tidak mengupdate blog..rindu pulak rasanya dgn blog ni..

ok untuk kali ni..saya nak berkongsi tentang suasana senja yg dpt saya snap ketika bersiar2 di taman botani
simpang pulai,perak.

lihatlah gambar di bawah ini ye..

DSC_0037

Credit to my bro..

DSC_0056

my bro

DSC_0049

pabila senja menjelma

DSC_0054

dikala senja menjelma

DSC_0060

credit to my bro

DSC_0073

botani..

DSC_0088

botani di malam hari

sory kalo ada kekurangan
sesungguhnya saya budak baru belajar
perlukan komen anda..
~sekian~


Read more...


Wednesday 8 December 2010

10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA


1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”


Read more...


suka suki bersama kawan2...

dalam keboringan dan kesedihan..
tiba2 hansetku berdering
ingatkan msj dr seseorg tp rupanya membe lama aku..
dia ajak la p ke tesco station 18
tuk berkaraoke dan jalan2..
akupun lyn saja la..
lagipun dah lama tak jumpa dan lepak2 gan diaorg.
memang happening..
thanx korg..
di bawah ni ada sedikit gambar hasil dari
aktiviti itu..


hati2 dlm memilih lagu ya..


aku


hakim


azrul


echam


mereka


~maaf jika gambar tidak memuaskan..~
~saya budak baru belajar~
:)
~sekian~





Read more...


Monday 6 December 2010

Butakah Cinta Sebenarnya..

lagu ni cukup bermakna untuk diriku sekarang..
walaupun aku sukar terima keadaan ni
tp aku cuba tabahkan diri ini.
dengarkan..


Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga teguhnya pendirian di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak memadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia..

Read more...


Sunday 5 December 2010

moh belajo bahasa perak..



coretan kali ini berkaitan dengan bahasa dari negeri teman
mana lagi kalo tak negeri perak ku yg tercinta..
di bawah ini
adalah perkataan biasa didengo..
ataupun perkataan asas yg selalu digunakan dalam percakapan..


teman = saya
mike = awak
kamu=awak
mengkema =engkau orang(ramai)
kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
kume=kami
keme=saya (bacha dengan E tanda diatas)
yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya
Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya.

ok..

seterusnya...
ada lagi...

perkataan2 tambahan...


ayat yg pertama berbunyi begini

(Berkuap = Bila udara panas terperangkap)
cth ayat : Cer bukak tingkap bilik tu,berkuap rasa nya ni,tak tahan teman.


ayat yg kedua berbunyi

(Hambat = kejar)
cth ayat : nak je teman hambat penyamun tu dengan penyapu ni ha..


ayat ketiga berbunyi :

( Jerangkan Yangat = masak air panas)
cth ayat : mah(isteri) cer ke dapur jerangkan yangat ..org datang ghomah
buatkan le ayor minum...

ayat yg keempat :

(Leboh = Hilang)
cth ayat : Moto awok udoh leboh, org curi masa balik kampung hari tuh..

ayat yg kelima :

(Meroloh = Tidor)
cth ayat : ate kome ni idok meroloh lagi ke..asyik main facebook je..

ayat keenam :

(Ngele'nyor = Mengedik atau pun ngada²/ gatal )
cth ayat : ngele'nyor beno budak tu,getik teman nengoknya


cukup la sampai disini dulu
pembelajaran kita ye..
sebenarnya banyak lagi bahasa2 perak yg menarik..
yang bole dikongsi bersama
tp kalo teman tulis banyak2 karang
bosan pulak kome membacanye ye..
selamat beramal
~sekian~


Read more...


Friday 3 December 2010

Cuba-Cuba

Lokasi
~I City Shah Alam~

Waktu
~malam~

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4


~saya masih baru~
~amat memerlukan komen yg membina~
~sekian~



Read more...